Dengan sebiji rumah, apa akan anda lakukan?

Jika anda memiliki sebuah rumah, apakah yang akan anda lakukan terhadap rumah itu sekiranya anda tiada pendapatan atau tetiba anda hilang pekerjaan. Bagaimana anda boleh survive lebih lebih lagi ketika itu anda tinggal di kawasan bandar? Apakah anda akan terus bertahan di sana atau pulang ke kampung halaman anda? Atau ketika anda sudah bersara dari pekerjaan....

Dengan sebiji rumah, apa akan anda lakukan?

Kebanyakkan orang akan menjual rumah mereka untuk pulang ke kampung lebih lebih lagi ketika keadaan ekonomi tidak menentu. Jika apa yang dikatakan oleh Robert Kiyosaki tentang kegawatan ekonomi terbesar berlaku pada masa terdekat, dan anda kehilangan pekerjaan, rumah itu sepatutnya tidak patut dijual biarpun kos penyelenggaraannya menjadi liabiliti pada anda. Tukarkan liabiliti tersebut kepada asset yang mengalirkan wang masuk ke dalam poket anda.

Contoh:

Kos penyelenggaraan 
(cukai tanah, pembentungan : RM 400
Loan bank                              : RM 350
Margin untung                       : RM 550

TOTAL: RM 1200

Sewakan saja kepada tujuh atau lapan orang penyewa dan anda akan dapat untung RM 550 dengan kos ditanggung penyewa yang dimasukkan sekali dalam harga sewaan (RM 400+RM350). Dengan ini anda dapat mengekalkan aset rumah anda dengan aliran tunai masuk ke dalam poket anda tanpa menjualnya.

Bukan mudah nak dapat sebiji rumah sekarang. Sayangilah rumah anda.