Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan yang dinanti nantikan oleh semua orang Muslim selepas sebulan berpuasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya akan tetlihat suasana yang meriah ditambah lagi dengan kehadiran sanak saudara yang ramai pulang ke kampung halaman masing masing.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri... Pernahkah anda beraya dirantauan sendirian?

Menyambut hari raya aidilfitri keseorangan dirantauan terutamanya masih bujang sememangnya kurang menyeronokkan... Lebih lebih lagi jika anda menyewa bilik dan tidak boleh memasak... Huhuhu... Hendak beraya di rumah rakan rakan semuanya balik kampung ... Maka makan di mamaklah kita... Sob sob.. Kedai makan melayu semuanya tutup.. Itulah hakikat ditanggung seorang perantau bujang.. Yang bekeluarga boleh pulang ke rumah dan makan serta meraikan dengan keluarga... Yang bujang melilau je la ...

Pernah tak anda tonton wayang keseorangan ketika semua orang bergembira di hari raya?.. Anda pasti berasa janggal kerana anda seorang melayu dan mereka yang lain berbangsa cina duduk tengok wayang bersama anda... Mujur muka macam cina jadi orang tak perasan... Hahaha... Memang menyentuh kalbu.. Tapi apakan daya... Terpaksa ditempuh jua demi matlamat hidup yang belum disempurnakan lagi... Setiap kali menjelang hari raya pasti memikirkan apa yang telah anda capai dalam mencapai matlamat utama anda...

So, apakah matlamat anda??