Rumah Teres atau Rumah Flat?

Rumah Teres atau Rumah Flat?

Apabila meningkat dewasa, pasti ramai yang menginginkan untuk memiliki rumah sendiri. Rumah Teres atau Rumah Flat adalah dua buah rumah yang kebiasaannya dibeli oleh kebanyakkan orang. Walaupun hati juga memandang kecantikan rumah banglo yang mahal tu... Hehehe... Ikut kemampuanlah kata orang... Rumah Teres atau Rumah Flat pun rumah juga... Boleh berteduh la kata orang...

Apa Kelebihan Rumah Teres ni?

Rumah Teres ini lebih privasi berbanding dengan rumah flat. Mana tidaknya, nak sidai kain depan rumah bawah cahaya matahari yang indah tu pun senang... Nak parking kereta, motor, basikal semuanya senang... Keselamatan lebih la kata orang... Bagi rumah yang ada ruang di bahagian tepi, bolehlah menanam pokok bunga menghiasi luar rumah. Jika terasa panas di dalam rumah, bolehla letak kerusi luar rumah sambil hirup udara segar...

Rumah Teres juga lebih privasi untuk di renovate dan diperbesarkan mana ruang rumah untuk lebih keselesaan. Sesuai untuk gaji RM 3000 ke atas.. Bagi yang duduk di kawasan bandar bandar besar mungkin banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah teres ini kerana harganya yang boleh dikatakan mahal... Tapi jika anda duduk di kawasan luar bandar dengan gaji sebegitu anda sudah boleh memiliki rumah teres dan kebiasaannya memang begitu... Kelebihan orang luar bandar la agaknya.... :)

~ gambar sekadar hiasan ~

Apa Kelebihan Rumah Flat pula?

Mungkin rumah flat kurang privasi dan sukar sedikit nak sidai kain, simpan kereta dan sebagainya... Tetapi ianya banyak bermanfaat kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah selain harganya yang boleh dimiliki. Kebiasaannya semangat kejiranan yang duduk rumah flat ini masih lagi baik. Keluarga keluarga yang duduk rumah flat ini mudah untuk mesra dan saling tolong menolong apabila sesuatu aktiviti dilakukan. Lebih lebih lagi apabila terdapat persatuan di tubuhkan bagi menjamin keselesaan antara mereka.

Bagi anak anak, mereka akan saling mengenali dan ramai kawan kawan. Anda tidak perlu memikirkan hiasan laman rumah, save budget dah... hehehe... Dengan kos rumah yang berpatutan, selain penyelenggaraan yang dilakukan oleh orang lain, ianya memudahkan anda... Hanya perlu membayar bil penyelenggaraan bulanan yang tidaklah membebankan... Rumah flat  mampu dimiliki bagi golongan bergaji sederhana di kawasan bandar... Semua orang mahu memiliki rumah sendiri.... Betul kan?

~ gambar sekadar hiasan ~




1 ulasan:

Ikut keselesaan dan kemampuan la kan.. hehe